Sobat doa, sekiranya anda mualai lupa dengan segala hal tentang berdoa mulailah dari sekarang untuk menghafalkanya kembali.Dan semoga Portal Doa harin bisa berguna bagi anda atau putra-putri anda dalam mencari dan menghafalkan doa-doanya.
Pembahasan Talak Sunnah dan Talak Bid'ah
- Talak Sunnah
Talak Sunnah atau talak yang diizinkan oleh Sunnah adalah talak yang dijatuhkan oleh suami yang telah menyetubuhi isterinya. Suami kemudiannya menjatuhkan talak ke atas isteri di waktu isteri sedang suci dari haid dan tidak pula disetubuh oleh suami dalam masa sucinya itu. - Talak Bid'ah
Talak Bid'ah adalah talak yang bukan berdasarkan kepada Sunnah iaitu apabila seseorang suami yang menceraikan isterinya di waktu isteri sedang mengalami haid atau nifas ataupun di waktu isteri sedang suci dari haid lalu disetubuhi oleh suami dalam masa sucinya itu. Talak Bid'ah adalah dilarang oleh agama kerana dibimbangi akan berlakunya penyesalan sekiranya berlaku kehamilan selepas dari perceraian itu.
Talak Yang Bukan Sunnah Dan Juga Bukan Bid'ah,
- Menjatuhkan talak ke atas isteri yang belum disetubuhi.
- Menjatuhkan talak ke atas isteri yang sedang hamil.
- Menjatuhkan talak ke atas isteri yang telah putus peredaran haid-nya atau isteri yang sudah tua.
- Menjatuhkan talak ke atas isteri yang masih kanak-kanak yang belum datang haid.
0 Response to "Pembahasan Talak Sunnah dan Talak Bid'ah"
Posting Komentar